Home Hiburan INTAN NAJUWA DIMANJAKAN BAK PUTERI SEJAK BERGELAR ISTERI

INTAN NAJUWA DIMANJAKAN BAK PUTERI SEJAK BERGELAR ISTERI

307
0

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datin Intan Najuwa, 28, mendedahkan kehidupannya sebagai isteri bagaikan sebuah dongeng indah apabila dilayan penuh kasih sayang serta dimanjakan bak seorang puteri sejak hari pertama mendirikan rumah tangga.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), bintang drama Kekasih Paksa Rela itu meluahkan rasa syukur kerana rumah tangganya bersama usahawan, Datuk Ahmad Azraf dipenuhi kebahagiaan tanpa pernah sekalipun dipaksa memikul tugas berat di rumah.

“Selamat ulang tahun perkahwinan kali kedua buat cinta dalam hidup saya. Dari hari pertama hingga sekarang, awak tak pernah biarkan saya buat kerja rumah.

“Awak manjakan, lindungi dan sayangi saya seperti seorang puteri,” coret Intan.

Memetik laporan Berita Harian, kebahagiaan pasangan ini bertambah lengkap dengan kehadiran cahaya mata sulung, Imane Lunara, yang lahir pada 15 Disember lalu.

“Kini dengan kehadiran Lunara, cinta kita terasa lebih sempurna dan bermakna. Saya bahagia menjalani hidup ini bersama awak,” luah pelakon jelita itu.

Mengiringi ucapan istimewa itu, Intan turut berkongsi sekeping foto kenangan saat mereka disatukan sebagai suami isteri, tampak anggun menggayakan busana pengantin rona putih.”

Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Azraf pada Ogos 2023. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara yang kini berusia lapan bulan. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here