Home Luar Negara INDONESIA TERIMA 2.25 JUTA PELANCONG ASING SUKU PERTAMA 2023

INDONESIA TERIMA 2.25 JUTA PELANCONG ASING SUKU PERTAMA 2023

149
0

Jakarta, INDONESIA: Indonesia merekodkan 2.25 juta pelancong asing dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, meningkat 508.87 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Sandiaga Salahuddin Uno, berkata angka itu melebihi sasaran selaras pertambahan jumlah penerbangan.

Sehubungan itu, sasaran kedatangan pelancong asing tahun ini disemak semula daripada 7.4 juta kepada 8.5 juta berikutan momentum lebih kukuh.

Menurut Uno, sekiranya keputusan suku pertama dapat dikekalkan, menjelang akhir tahun ini, jumlah ketibaan pelancong asing boleh mencecah sembilan juta, melebihi sasaran 8.5 juta.

Memetik laporan antaranews.com, Uno turut mengingatkan penurunan kunjungan pelancong pada musim lain.

“Selepas musim panas, akan ada masa kunjungan jarang yang mesti dijangkakan sebelum musim puncak pada akhir tahun.

“Sasaran itu mengikut unjuran sedia ada, dan kami semakin yakin 4.4 juta kekosongan jawatan baharu boleh diwujudkan pada 2024. Kami begitu optimistik,” katanya.

Statistik Indonesia (BPS) mencatatkan pada Mac tahun ini, 809,960 pelancong asing melawat beberapa bahagian di Indonesia. Angka itu mencerminkan peningkatan sebanyak 15.39 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Rakyat Malaysia menyumbang peratusan tertinggi pelancong dengan 15.39 peratus, diikuti Singapura (13.74 peratus), Australia (11.87 peratus), Timor Leste (7.85 peratus) dan China (6.42 peratus).

Sumber: BH Online & Agensi

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here