Home Buletin Semasa IMPHB, UMKEI JALIN KERJASAMA TINGKATKAN KEUSAHAWANAN

IMPHB, UMKEI JALIN KERJASAMA TINGKATKAN KEUSAHAWANAN

130
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: I Medikel Pharma Holding Berhad (IMPHB) mengadakan kunjungan hormat ke Institut Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMKEI) bagi membincangkan peluang kerjasama dan inisiatif bersama dalam memajukan bidang keusahawanan.

Menurut Presiden IMPHB, Yusmat Mamat, kunjungan hormat itu bertujuan untuk berkolaborasi bersama UMKEI dan mencari peluang serta aktiviti yang boleh dijalinkan khususnya membabitkan keusahawanan.

“Kolaborasi ini menjadi usahasama antara sektor industri pembuatan produk bersama Institusi pengajian tinggi (IPT).

“Malah perbincangan tadi juga menyentuh berkenaan hasrat bagi melahirkan usahawan yang berjaya dalam kalangan pelajar UMK daripada bidang perniagaan dengan bimbingan dan Latihan khusus oleh pihak kami selaku pengeluar produk dan pemasaran,”katanya.

Beliau berkata pihaknya menekankan kepentingan sinergi antara institusi akademik dan pemain industri keusahawanan.

“Saya harap dengan kerjasama ini dapat memperkukuhkan usaha pembangunan keusahawanan serta meyumbang tranformasi ekonomi yang lebih lestari,”katanya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Kewangan IMPHB, Syahrul Azlan Mahmood, Pegawai Pengembangan Perniagaan&Jualan IMPHB, Mohd Firdaus Mohamed Yusoff dan Pengurus Operasi, Muhammad Faiz Syahiran.

Manakala UMKEI diwakili Pengarah Kanan UMKEI, Profesor Dr Mohd Nor Hakimin, Pengarah Pusat Penyelidikan Keusahawanan dan Inovasi Global, Institut Keusahawanan UMK (GERIC), Profesor Madya Dr Dzulkifli, Pengarah Pusat Pendidikan dan Pembangunan Keusahawanan (CEED), Dr Mohd Safwan Ghazali, Pengarah Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME), Dr Mohd Ikhwan dan Pengarah Ignite Venture Lab  (IVL), Dr Hana Yazmeen.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here