Home Buletin Semasa HUTAN TANAH GAMBUT SELUAS 51.4 HEKTAR TERBAKAR, TIUPAN ANGIN KUAT SUKARKAN OPERASI...

HUTAN TANAH GAMBUT SELUAS 51.4 HEKTAR TERBAKAR, TIUPAN ANGIN KUAT SUKARKAN OPERASI PEMADAMAN

Oleh: Wartawan IMedikel TV

KOTA TINGGI: Kebakaran terbuka tanah paya gambut di Jalan Bypass Punggai- Sebana Cove, di sini kini mencecah keluasan 51.4 hektar, sekali gus menyebabkan jalan berkenaan ditutup sementara kepada laluan orang awam sejak petang semalam.

​Ketua Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Baharudin Idris berkata, operasi pemadaman kini dibahagikan kepada dua sektor utama iaitu sektor A yang membabitkan kawasan seluas 35.6 hektar dan Sektor B seluas 15.8 hektar.

​Katanya setakat ini pemadamkan berjaya dilakuan 9.7 peratus iaitu kira-kira 10 hektar kawasan terbakar di sektor A, manakala pemadaman di sektor B sudah mencapai 19.5 peratus.

“Kekangan kita sekarang ialah air. Kita mendapatkan punca air terbuka yang terhad, selain bantuan bekalan air melalui tanker. Pemadaman dilakukan secara ‘direct attack’.

“Kita menunggu ketibaan dua buah jengkaut tambahan daripada agensi lain bagi membina benteng pemisah api firebreak. Jengkaut sedia ada agak kecil. Kita perlukan jengkaut jenis amfibia yang lebih besar untuk meredah hutan dan paya di Sektor A.

​”Permohonan bantuan daripada Unit Udara Bomba juga telah dibuat, namun penerbangan ke Johor belum dapat dipastikan berikutan cuaca panas yang melanda seluruh negara ketika ini,”katanya kepada pada sidang media selepas meninjau operasi pemadaman kebakaran di pangkalan operasi di Jalan By Pass Punggai-Sebana Cove di sini hari ini.

​Menurut Baharudin, insiden kebakaran ini adalah yang kedua berlaku di kawasan berkenaan dalam tempoh setahun, selepas kejadian pertama pada Mac lalu.

“Kebakaran tidak menjejaskan penempatan penduduk kerana terletak antara tiga hingga lima kilometer dari lokasi kejadian. Punca kebakaran masih dalam siasatan,”katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin menggesa orang ramai dan pengguna jalan raya supaya mengelakkan laluan tersebut serta menggunakan jalan alternatif demi keselamatan.

​​Katanya penduduk di dua kawasan berhampiran iaitu Taman Bayu Damai dan Punggai juga diseru agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai pelitup muka.

​”Kita minta pengguna bertolak ansur guna jalan jauh sikit demi keselamatan. Bagi penduduk terdekat, sila guna pelitup muka jika berada di luar rumah. Kita tak mahu timbul masalah kesihatan lain akibat asap tebal ini,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here