Home Buletin Semasa HUJAN LEBAT BERTERUSAN DI SEMENANJUNG HINGGA SABTU INI

HUJAN LEBAT BERTERUSAN DI SEMENANJUNG HINGGA SABTU INI

46
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Ribut Tropika Senyar dikesan berada di kedudukan 3.6°U 99.9°T di utara Sumatera, kira-kira 102 kilometer barat daya Lumut, Perak, dan kini bergerak ke arah timur tenggara memasuki perairan Selat Melaka menuju ke barat Semenanjung Malaysia dengan kelajuan sekitar 24 kilometer sejam.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, sistem ribut tropika itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Semenanjung Malaysia, khususnya di negeri-negeri bahagian barat dan tengah mulai hari ini.

Berikutan perkembangan itu, MetMalaysia mengemas kini Amaran Ribut Tropika, Amaran Hujan Berterusan, serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora yang membabitkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Semua amaran tersebut berkuat kuasa dari hari ini hingga Sabtu.

MetMalaysia memaklumkan bahawa pihaknya akan terus memantau pergerakan dan perkembangan Ribut Tropika Senyar dari semasa ke semasa, selain mengemas kini maklumat terkini kepada orang ramai.

Sehubungan itu, orang ramai disaran sentiasa berwaspada serta mengikuti laporan, ramalan dan amaran cuaca melalui laman web MET Malaysia, aplikasi myCuaca, akaun media sosial rasmi, atau talian hotline 1-300-22-1638.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here