Home Ulasan Wartawan HENTIKAN MAKAN MI SEGERA, JAGA KESIHATAN OTAK

HENTIKAN MAKAN MI SEGERA, JAGA KESIHATAN OTAK

336
0

Oleh: Nur Athirah Azman@ I Medikel TV

Makanan segera sudah sebati dalam kehidupan kita seharian, memandangkan ramai dalam masyarakat kita mempunyai aktiviti atau kerja yang padat sehingga menyumbang rasa kepenatan.

Oleh yang demikian, ramai antara kita terbiasa dengan makanan sejuk beku, segera atau mudah dimasak dalam tempoh kurang 5 minit, seperti mi segera.

Makanan tersebut menjadi tarikan paling utama orang ramai kerana harganya yang murah serta mudah disediakan.

Namun, makanan yang diminati itu sebenarnya berisiko mengundang masalah kesihatan tanpa kita sedari.

Umumnya, mi segera mempunyai campuran tepung, garam dan minyak sawit manakala perasanya berisiko dengan kandungan garam, perasa dan monosodium glutamat (MSG).

MSG pula adalah sejenis bahan tambahan makanan yang digunakan untuk menambah rasa pada makanan proses.

Penggunaan MSG yang tinggi boleh menyebabkan kenaikan berat badan, bahkan peningkatan tekanan darah, sakit kepala, loya dan paling berbahaya adalah boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan otak.

Di samping itu, MSG juga berpotensi menyebabkan pembengkakan dan kematian sel-sel otak yang matang.

Dan tidak dinafikan ada sesetengah individu yang sensitif dengan bahan MSG serta ia dikategorikan sebagai simptom kompleks MSG.

Individu yang mengalami simptom itu mungkin akan berdepan dengan gejala sakit kepala, kekejangan otot, kebas dan kesemutan.

Bagaimanapun, pemakanan bagi keseluruhan paket individu mi segera mempunyai jumlah sodium sebanyak 1,722 mg serta pengambilan bahan itu boleh mengakibatkan peningkatan tekanan darah.

Peningkatan tekanan darah akan menyebabkan jantung seseorang berdenyut, darah dipam ke dalam rangkaian saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. 

Jadi, kurangkan pengambilan makanan segera yang mempunyai kandungan MSG yang tinggi.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here