Home Hiburan HAIRUL AZREEN BANGKIT SERTAI PERTANDINGAN KECERGASAN ANTARABANGSA

HAIRUL AZREEN BANGKIT SERTAI PERTANDINGAN KECERGASAN ANTARABANGSA

37
0

KUALA LUMPUR: Meskipun berdepan kecederaan serius apabila kedua-dua urat lutut Anterior Cruciate Ligament (ACL) kiri dan kanan sudah putus, bekas pelakon aksi, Hairul Azreen membuktikan semangat luar biasa apabila bangkit menyertai pertandingan kecergasan global, Hyrox.

Memetik laporan Harian Metro, membuka tirai penampilan sulungnya dalam sukan lasak berintensiti tinggi itu, Hairul baru sahaja pulang ke tanah air selepas berjaya menamatkan saingan sengit yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol.

“Kepuasan dia adalah bila kita tahu apa yang kita boleh buat atau tak boleh buat. Saya sendiri sebenarnya tak yakin boleh buat atau tidak sebab ACL kiri dan kanan saya dah putus.

“Jadi, saya tak tahu sama ada saya mampu habiskan atau tidak. Namun, bila saya berjaya buat, saya rasa gembira, Alhamdulillah.

“Lagipun masa buat filem aksi dulu lagi berisiko, jadi untuk Hyrox ini masih boleh lagi dan sepanjang bertanding setakat ini tak ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Cuma, saya terpaksa berlari walaupun saya ‘benci’ berlari,” katanya kepada Harian Metro. 

Bercerita lanjut mengenai penyertaannya, Hairul ketika ditemui pada acara sambutan ulang tahun ke-10 jenama perniagaan, Cakenis kini merangka jadual untuk siri pertandingan seterusnya di luar negara selepas tamat saingan di Barcelona.

“Ini Hyrox pertama saya. Saya baru sahaja sampai di Malaysia dari Barcelona. Lepas Barcelona, bulan depan saya akan ke Indonesia pula dan ada beberapa lagi lokasi selepas itu. Setakat ini, saingan baru ada dua atau tiga lokasi dan saya tidak meletakkan sebarang sasaran yang terlalu spesifik,” katanya.

Rancangan asal Hairul untuk membuat kemunculan pertama di Poland pada April lalu bersama keluarga bagaimanapun terpaksa dibatalkan ekoran krisis antarabangsa.

Namun, hasratnya itu tetap direalisasikan di Barcelona dengan sokongan padu isterinya, Hanis Zalikha.

“Sepatutnya Hyrox pertama saya adalah bersama ‘teman wanita’ (isteri) saya, Hanis Zalikha di Poland pada April lalu. Tak dapat buat, padahal saya dah bawa satu keluarga semua sekali. Tapi mungkin tak ada rezeki waktu itu kerana banyak krisis ketiadaan penerbangan, mungkin sebab peperangan.

“Bagi saingan di Barcelona pula, sepatutnya saya pergi seorang diri, tapi saya cakap dengan isteri saya, ‘Awak kena ada untuk perlumbaan pertama ini’. Walaupun masa itu dia tengah sibuk dengan Cakenis, dia tetap terbang ke sana.

“Dialah yang menjaga saya, menyediakan makanan dan bersama sepanjang proses pemulihan,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai peralihan minatnya daripada sukan badminton dan pickleball kepada Hyrox, pelakon filem Paskal ini menjelaskan aktiviti itu menjadi medium terbaik untuk mengumpulkan kenalan rapat.

“Ya, tahun ini fokus saya adalah pada Hyrox dan pickleball juga. Sebenarnya saya suka rapatkan kawan-kawan, jadi saya memang suka persekitaran begitu.

Selain meraikan sambutan ulang tahun ke-10, jenama Cakenis juga turut melancarkan koleksi terbaharu mereka.-HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here