Home Hiburan GSF PEJUANG HEBAT, MOGA SEMUA URUSAN DIPERMUDAHKAN – SUAMI HELIZA

GSF PEJUANG HEBAT, MOGA SEMUA URUSAN DIPERMUDAHKAN – SUAMI HELIZA

275
0

KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi Nur Heliza Helmi iaitu Mahadi Badrul Zaman memohon agar rakyat Malaysia tidak putus berdoa untuk semua yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin.

Memetik laporan menerusi Berita Harian Mahadi dalam hantarannya di Instagram (IG) turut menyifatkan aktivis kemanusiaan terbabit dengan misi GSF itu adalah pejuang hebat dan semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah.

“Wahai rakyat Malaysia, jangan putuskan doa kita buat para pejuang kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang kini berada di perairan Gaza.

“Semoga Allah melindungi, mempermudah urusan, memberkat pengorbanan mereka, terus diberi kekuatan, kesabaran dan pulang dengan selamat,” katanya.

Terdahulu, ada hantaran lain Mahadi turut berbesar hati isterinya, Heliza adalah salah seorang antara 34 rakyat Malaysia yang berlayar membawa misi kemanusiaan ke Gaza.

Meninjau di ruangan komen didapati Heliza mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana sudah mengizinkan dan reda dengan hasratnya menyertai misi itu.

“Maceh (terima kasih) beri keizinan dan redha. Ku serahkan dirimu dalam penjagaan Allah. Amin,” tulisnya.

Sementara itu, Mahadi juga mengakui dia sudah reda kerana Allah dan berharap dapat bertemu isterinya tidak lama lagi.

“@nurhelizahelmi aku meredhaimu kerana Allah. See you soon. Insya Allah,” katanya.

Rata-rata netizen sebak dengan pengorbanan suami isteri itu dan mendoakan mereka yang terbabit dengan misi kemanusiaan GSF ke Gaza itu selamat.

Pada ketika ini, kapal dilaporkan dinaiki Heliza dan Hazwani untuk misi bantuan GSF sudah ditahan oleh tentera Israel dan mereka sekali gus menjadi tahanan.

Selain Heliza, beberapa lagi selebriti wanita lain yang juga ditahan tentera Israel ialah Zizi Kirana, Ardell Aryana, Hazwani termasuk aktivis, Farah Lee. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here