Home Sukan GOONERS MENANGIS SAAT HAVERTZ AMBIL PENALTI

GOONERS MENANGIS SAAT HAVERTZ AMBIL PENALTI

156
0

LONDON: Penyokong Arsenal menyanjung saat ‘penuh emosi’ yang menyaksikan Kai Havertz meledak gol sulungnya bersama kelab itu.

Havertz akhirnya memecah kebuntuan dalam penampilan ketujuh bersama kelab dalam Liga Perdana Inggeris apabila dia menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-53 menentang Bournemouth kelmarin.

Gol itu hadir ketika Arsenal mendahului 2-0.

Kapten Martin Odegaard sudah menyempurnakan sepakan penalti pada babak pertama dan kelihatan dia atau penolong kapten Gabriel Jesus akan mengambil sepakan penalti kedua.

Kamera terarah kepada Odegaard dan Jesus yang menunjukkan kapten Arsenal itu jelas menyatakan Havertz patut mengambil sepakan penalti itu.

Pemain Arsenal, Kai Havertz mudah mengatasi penjaga gol Bournemouth, Neto menerusi sepakan penalti pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Vitality, Bournemouth kelmarin. – Foto REUTERS

Havertz kemudian tampil menyempurnakan sepakan penalti itu apabila dia mudah mengelirukan penjaga gol Bournemouth, Neto.

Memetik laporan menerusi AGENSI berita harian,Jelas untuk dilihat apa maknanya buat Havertz dan rakan sepasukannya apabila keseluruhan pasukan menyerbu menyertainya untuk meraikan gol itu selepas dia menyumbat gol pertamanya dalam jersi Gunners.

Peminat Arsenal di Twitter sukakan detik itu dengan seorang daripadanya menciap:

“Jika ini tidak membanggakan anda menjadi seorang Gooners… saya rasa Jesus mahu mengambilnya. Menakjubkan dia memberikannya kepada Kai. Jesus bersetuju dan mengangguk ia diberikan kepada Kai. Membantu seorang kawan. Lihat betapa gembiranya mereka dan bagaimana leganya dia.”

Dalam satu balasan di video seorang peminat berkata: “Saya menitiskan air mata.” – AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here