Home Hiburan FATTAH DOAKAN AMIRA

FATTAH DOAKAN AMIRA

495
0

KUALA LUMPUR: ‘Get well soon’ teman sekerja. Ini kapsyen ditulis pelakon, Fattah Amin, 35, pada gambar penyanyi dan pelakon, Amira Othman yang menerima rawatan di hospital selepas dikatakan mengalami keracunan makanan.

Memetik laporan Berita Harian, Fattah memuat naik gambar Amira atas katil hospital dengan memegang sejambak bunga dipercayai diberikannya.

Bukan itu sahaja, Fattah turut menggunakan lagu Sampai Akhir nyanyian Judika sebagai muzik latar.

Paling menarik perhatian ramai pengikutnya ialah dia menggelar Amira sebagai ‘teman sekerja’.

Ungkapan teman atau rakan sekerja juga kerap menjadi jawapan mereka setiap kali ditanya wartawan mengenai hubungan mereka.

Walaupun kerap menggunakan alasan itu, tetapi perkongsian Fattah menguatkan lagi khabar angin mereka sedang menjalin hubungan istimewa.

Hantaran itu menerima lebih 4,000 komen yang rata-ratanya mendoakan kesembuhan penyanyi itu dan juga usikan nakal mengenai hubungan mereka.

Turut mengusik mereka di ruangan komen ialah rakan-rakan artis seperti Bell Ngasri, Pekin Ibrahim dan Amir Ahnaf.

Baru-baru ini, Fattah menafikan dakwaan bakal mendirikan rumah tangga pada 25 Mei lalu dengan Amira.

Hubungan Fattah dan Amira mula mendapat perhatian ramai sejak hujung tahun lalu. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here