Home Buletin Semasa FASA PERTAMA PROGRAM BANTUAN ONE OFF DI KELANTAN LIBATKAN 5 PARLIMEN

FASA PERTAMA PROGRAM BANTUAN ONE OFF DI KELANTAN LIBATKAN 5 PARLIMEN

127
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan sentiasa berusaha untuk menoktahkan garis kemiskinan di seluruh negara.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin berkata, untuk fasa pertama sesi jelajah menjadikan Kota Bharu destinasi terakhir bagi menyantuni rakyat di Kelantan dalam Program Bantuan One Off Perdana Menteri.

“Untuk fasa pertama kami bermula di Tanah Merah, Pasir Mas, Rantau Panjang, Tumpat dan lokasi terakhir adalah di Kota Bharu.

“Kita menyantuni rakyat di Kota Bharu, seramai 200 orang, Tanah Merah 500 orang, Pasir Mas dan Rantau Panjang 400 orang dan kemudian di Tumpat. Jadi lima parlimen yang dapat saya santuni di Program Jelajah MADANI.

“Fasa kedua saya akan turun sekali lagi ke Kelantan dan bukan sahaja di sini malah ke negeri-negeri lain untuk Program Jelajah MADANI yang mana saya mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyantuni semua rakyat di seluruh negara,”katanya kepada pemberita di sidang media Program One Off Perdana Menteri, di Kelab Suara Muda, di sini, pada Khamis.

Katanya, antara penerima yang menerima bantuan tersebut terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU), asnaf, ibu tunggal dan golongan B40.

Tambahnya setiap penerima menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM200 yang diselaras Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Beliau berkata program tersebut adalah hasrat daripada Perdana Menteri namun disebabkan atas beberapa faktor beliau mewakilkan kepada pegawainya untuk turun ke lapangan bagi menyantuni rakyat di seluruh negara.

“Di Kelantan hari ini (semalam) seramai 1300 orang yang saya santuni dan kita bahagi kepada lima parlimen.

“Dan InsyaAllah ada lagi 9 parlimen yang kita belum santuni. Untuk fasa kedua kita cuba kalau boleh dalam tahun ini juga kita akan selesaikan semua. Kalau di Kelantan kita cuba seberapa segera yang mungkin untuk menyantuni rakyat dalam program ini,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here