Home Buletin Semasa FAMA ANJUR JUALAN AGRO MADANI, JIMAT HINGGA 30 PERATUS

FAMA ANJUR JUALAN AGRO MADANI, JIMAT HINGGA 30 PERATUS

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Potongan harga sehingga 30 peratus pelbagai produk agromakanan dan jualan Kombo Madani disediakan sempena program jualan Agro Madani (JAM) di Pantai Hiburan, Rompin, Jumaat dan Sabtu ini.

Program anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang itu disertai kira-kira 70 usahawan dengan 84 lot niaga yang memasarkan pelbagai produk pertanian terus kepada pengguna.

Pengarah FAMA Pahang, Rashiha Mamat, berkata penganjuran program Agro Madani memberi peluang kepada pengguna mendapatkan pelbagai produk pertanian terus dari ladang pada harga lebih rendah dan berkualiti.

Menurutnya, jualan ayam segar dengan harga RM10 seekor, RM30 sekilogram (kg) daging lembu dan potongan RM2.50 bagi sepapan telur ayam. Buah-buahan, sayuran dan pelbagai produk Industri Makanan Asa Tani (IMAT) turut harga berpatutan.

Katanya, turut diadakan agihan percuma pelbagai anak pokok buah-buahan kepada pengunjung bertuah selain jualan. Pengunjung bertuah turut berpeluang membawa pulang pelbagai barangan elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh dan televisyen.

“Saya bagi pihak penganjur menjemput pengguna untuk datang beramai-ramai ke program Jualan Agro Madani yang memberi peluang pengunjung membawa pulang pelbagai hasil terus dari ladang pada harga lebih rendah dan segar.

“Turut disediakan pelbagai produk Pahang Best serta pelbagai makanan popular seperti murtabak dan puding raja serta kuih muih moden termasuk tradisional,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata aktiviti lain yang turut diadakan termasuk persembahan artis, pertandingan memasak, mewarna dan gubahan. Pameran agensi kerajaan dan kempen makan buah-buahan serta sayuran.

Rashiha menambah, FAMA Pahang menyasarkan sebanyak 229 program Jualan Agro Madani diadakan di negeri ini bermula April hingga September yang memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 isi rumah.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here