Home Buletin Semasa DUA LELAKI CUBA SELEWENG PETROL BERSUBSIDI DITAHAN

DUA LELAKI CUBA SELEWENG PETROL BERSUBSIDI DITAHAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Dua lelaki cuba menyeleweng petrol bersubsidi ditahan dalam satu operasi khas yang dijalankan di sekitar Wakaf Bharu dan Tumpat, pada Rabu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, dalam operasi di Wakaf Bharu, pasukan penguat kuasa merampas sebanyak 320liter petrol bersubsidi, termasuk tiga buah kenderaan yang diubah suai.

“Operasi yang dijalankan pada jam 1 petang itu membabitkan keseluruhan nilai sitaan berjumlah RM14,656.

“Dua kenderaan yang disita didapati menggunakan tangki tambahan untuk menyedut keluar petrol dari pam stesen minyak,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Jelasnya, taktik tersebut dipercayai digunakan bagi tujuan penyeludupan ke negara jiran.

Beliau berkata, dalam operasi berasingan, KPDN turut menyita dokumen perniagaan, lesen, buku stok serta rakaman kamera litar tertutup di sebuah stesen minyak di Tumpat.

Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan, serta Peraturan 12(a) PPKB 1974 kerana melanggar arahan pengawal melalui jualan berulang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here