Home Sukan CONCEICO TIDAK MAHU DIBUAI MIMPI

CONCEICO TIDAK MAHU DIBUAI MIMPI

MILAN: Pengurus AC Milan, Sergio Conceicao, menegaskan bahawa pasukannya perlu belajar dengan segera daripada prestasi tidak menentu walaupun mereka mencatatkan kemenangan meyakinkan 3-1 ke atas Bologna dalam aksi Serie A.

Menurut laporan Reuters menerusi Harian Metro, kemenangan ini menjadi persediaan terbaik menjelang final Coppa Italia pada Rabu depan, di mana Milan akan bertemu Bologna sekali lagi di Stadium Olimpico, Rome. Walau bagaimanapun, pengurus berbangsa Portugis itu tidak sepenuhnya berpuas hati dengan prestasi pasukannya.

“Mulai esok, kami akan mula bersedia untuk Coppa Italia. Kami perlu belajar daripada apa yang perlu dilakukan kerana ada perkara negatif dan positif malam ini.

“Saya menjangkakan perbezaan antara kedua-dua pasukan namun ini adalah final, kadang-kadang pasukan yang tidak bermain dengan corak permainan terbaik boleh menang,” kata Conceicao kepada Sky Sport Italia.

Dengan kemenangan dalam Coppa Italia, Milan akan membawa pulang dua trofi musim ini, selepas merangkul Supercoppa pada Januari lalu.

Namun, Conceicao enggan mengulas mengenai masa depannya, mengatakan bahawa fokusnya kini adalah pada pertemuan akan datang.

“Saya sudah biasa dengan perkara-perkara sebegini. Ini bukan masa untuk bercakap mengenai saya. Pada masa yang tepat, saya akan bercakap,” jelas Conceicao.

Sementara itu, pengurus Bologna, Vincenzo Italiano, menyatakan rasa tidak puas hati dengan pengakhiran perlawanan itu, di mana pasukannya rebah di tangan Milan yang agresif, dengan semua tiga gol dijaringkan pada saat-saat akhir -Reuters, HMetro Online-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here