Oleh: Alini Nadhirah Ismail, Wartawan Imedikel TV
BACHOK: Calon PAS N22 Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat, Zameri Mat Nawang, tiba pada jam 8.57 pagi di Sekolah Kebangsaan Seneng bagi membuang undi, di sini hari ini.

Hadir sama, Isteri kepada Zameri, Ruhayu Abdul Ghani.
Dalam pada masa yang sama, Zameri juga mengambil kesempatan dalam menyantuni pengundi-pengundi yang hadir menjalankan tanggungjawab mereka pada hari ini.


Zameri selesai membuang undi pada jam 8.53 pagi.
Imedikel TV






