Home Ulasan Wartawan CAJ LANGGANAN INTERNET SEMAKIN MAHAL

CAJ LANGGANAN INTERNET SEMAKIN MAHAL

314
0

Oleh:Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

Era globalisasi masa kini menjadikan liputan semakin meluas dan sudah tentu memerlukan kelajuan internet yang lebih pantas.

Tambahan dengan kemajuan sosial media sekarang jelas memerlukan plan internet untuk melayarinya.

Caj langganan internet yang dikenakan sebulan adalah bergantung kepada Telco yang dipilih oleh pelanggan.

Namun ada caj yang dikenakan sehingga mencecah RM40 hingga RM80 untuk tempoh sebulan.

Persoalannya adakah caj langganan itu berbaloi kepada pelanggan?

Wartawan Imedikel TV bertanyakan orang awam berkaitan isu tersebut untuk mendapatkan komen daripada mereka.

Haslina Ramli, 31, merupakan seorang pekerja swasta berkata tidak semua caj Telco mengalami kenaikan harga akan tetapi terdapat juga Telco yang masih kekalkan harga RM35 untuk sebulan.

Haslina Ramli, 31, berpendapat pengguna perlu bijak memilih Telco.

“Sebenarnya Internet sekarang ini semakin murah berbanding dengan dulu-dulu kerana ada juga langganan internet RM25 sebulan dan boleh dapat internet tanpa had malah boleh membuat panggilan percuma untuk semua rangkaian.

“Rasanya ia semakin jimat la sebab daripada dulu-dulu tidak ada panggilan percuma dan nilai caj langganan juga tinggi jadi kita sebagai pengguna Telco kena bijak dalam pemiihan dan penggunaan.”katanya.

Zulfazli Dahri, 25, berpendapat ramai ibu bapa dan pelajar yang terkesan dengan kadar harga langganan internet bulanan.

Zulfazli Che Dahri, 26, berkata anak-anak zaman sekarang tidak lepas daripada langganan internet kerana masing-masing mempunyai sosial media tersendiri.

“Ibu bapa perlu peruntukkan duit lebih untuk menyediakan langganan internet anak-anak mereka. Yang semua tahu anak-anak zaman sekarang tidak lepas daripada media sosial. Bagi pelajar pula, semua pembelajaran sekarang 100 peratus menggunakan internet jadi dengan kadar caj langganan yang mahal ini, pasti akan membebankan mereka.”katanya.

Nurul Afifah Adnan, 26, merupakan suri rumah berpendapat harga barang kesemuanya mahal sehinggakan caj langganan internet pun perlu peruntukan duit yang banyak.

Nurul Afifah Adnan, 26, berkata caj langganan internetnya adalah RM40 sebulan.

“Di rumah saya dah ada wifi, tapi kalau tidak membuat langganan internet bila nak keluar rumah tiada internet dan tak boleh guna, nak atau tak terpaksa langgan juga. Bila nak langgan yang murah pun tidak ada unlimited call sedangkan membuat panggilan itu penting.

“Saya sebagai suri rumah merasakan mahal untuk memperuntukkan RM40 sebulan buat langganan internet. Sebelum ni saya selalu membuat langganan internet sebanyak RM35 sebulan tapi sejak 3 bulan ini, saya tengok caj RM35 sudah tidak ada untuk panggilan tanpa had jasdi saya rasa macam tidak berbaloi untuk naik kepada RM40.”katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here