KUALA LUMPUR: Bekas suami Adira Suhaimi iaitu Datuk Red, 48, menarik perhatian ramai di media sosial selepas berkongsi berita gembira bakal berkahwin baharu dengan wanita pilihannya pada Julai depan.
Memetik laporan Harian Metro, cinta hati Red itu difahamkan seorang usahawan dan ibu tunggal seorang anak dikenali sebagai Rohanita, 35, yang dikenalinya pada tahun ini bermula dengan urusan perniagaan.
Meninjau ruangan komen di media sosial yang tular, kebanyakan netizen mendoakan kebahagiaan Red dan bakal isteri selain menyifatkan beliau sebagai ‘pencinta wanita sejati’ dengan sikap ‘gentleman’ dirinya.
“Tahniah abang Red. Semoga terus bahagia,” komen seorang warganet.
“Jodoh Allah yang tentukan. Alhamdulillah,” kata pengguna media sosial.
“Moga kali ini kekal hingga akhir hayat,” ujar seorang warga maya.
“Senang, dapat pakej kahwin dan bisnes bakal isteri,” tulis netizen.
Malah, ada segelintir netizen menyangka Red dan bakal isteri sudah berkahwin sebelum ini kerana mereka dikatakan sering membuat ‘live’ bersama di rumah.
Bagaimanapun, hubungan rapat Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu dengan usahawan berkenaan juga dikatakan bukan lagi rahsia apabila mula menjadi perhatian ramai di media sosial sejak Januari lalu.
Sementara itu, prosiding pengesahan lafaz rujuk yang difailkan Red terhadap Adira pada Disember tahun lalu akan disebut semula di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Rawang pada petang ini.
Red sebelum ini berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015, namun bercerai pada 24 April 2024 dan mereka dikurniakan empat anak. – HMetro Online –
IMedikel TV






