Home Buletin Semasa BAKIT TM RINGANKAN BEBAN 100 ASNAF DI DUN KEMAHANG 

BAKIT TM RINGANKAN BEBAN 100 ASNAF DI DUN KEMAHANG 

205
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TANAH MERAH: Seramai 100 ibu bapa asnaf di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemahang menerima manfaat melalui program sumbangan zakat Telekom Malaysia (TM) bagi membantu persediaan membeli pakaian sekolah untuk sesi persekolahan 2026.

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT), yang komited menyantuni golongan memerlukan melalui pelbagai program bantuan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kemahang, Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahim, merakamkan penghargaan kepada TM kerana memilih DUN Kemahang sebagai lokasi pelaksanaan program tersebut.

Beliau berkata, sumbangan itu amat bermakna terutama ketika musim hujan yang menjejaskan pendapatan ramai penduduk kampung yang bekerja secara harian.

“Sokongan ini benar-benar membantu meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan sekolah anak-anak. Kehadiran pihak korporat seperti TM menunjukkan keprihatinan mereka terhadap kesejahteraan masyarakat setempat,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau semalam.

Menurutnya, bantuan zakat itu bukan sahaja memberi kelegaan kepada keluarga terlibat, malah membuktikan bahawa syarikat korporat turut memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial masyarakat.

Beliau turut berharap ibu bapa memanfaatkan sepenuhnya dana zakat yang diterima, khususnya bagi kelengkapan pakaian sekolah anak-anak menjelang sesi persekolahan 2026. 

“Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin kepada permulaan persekolahan yang lebih teratur dan ceria untuk anak-anak kita,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here