Home Ulasan Wartawan BAHAYA KONTEK LENS KEPADA KESIHATAN MATA

BAHAYA KONTEK LENS KEPADA KESIHATAN MATA

243
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan IMedikel TV

Penggunaan lensa mata atau lebih dikenali sebagai kontek lense sudah menjadi kebiasaan kepada mereka yang mengelak untuk memakai cermin mata.

Mereka yang memakai kontek lens perlu memastikan lens yang dipakai sesuai dengan tahap kerabunan masing-masing.

Wartawan IMedikel TV berkesempatan bertanyakan pendapat orang ramai tentang bahaya kontek lens kepada kesihatan mata.

Pekerja swasta yang dikenali sebagai Nadhirah, 24, berkata demi memastikan kontek lens yang dibeli adalah selamat, mereka perlu membuat pilihan bijak.

“Saya memakai cermin mata tetapi tidak berkeyakinan untuk menukarkannya kepada penggunaan lens. Bimbang risiko memakai lens sebab kalua nak pakai lens kena betul-betul jaga dari segi kebersihan.

“Sesiapa yang nak pakai lens, kalau boleh jangan beli sesuka hati, Kalau tengok kat paltform online, ramai jual murah-murah, dan kita tak pasti sama ada contact lens itu elok atau tidak dipakai mata kita. lepas tu kalau nak yang elok, pergi lah ke kedai cermin mata yang diiktiraf,”katanya.

Lya Akilah, 27

Akilah, 27, berkata dia baru seminggu menggunakan kontek lens.

“Kalau ikutkan power cermin mata hampir 1000. Jadi, saya baru cuba memakai lens untuk membiasakan diri pakai lense. Sebabnya kalau nak beli cermin mata yang powernya tinggi kosnya agak mahal.

“Jadi, saya cuba pakai lens. Risiko pakai lens ni banyak terutamanya konjungtivitis iaitu mata menjadi merah kalau tak jaga dengan betul,”katanya.

Katanyam, dia pernah tengok satu video di mana seseorang itu terpaksa ke klinik pakar disebabkan terkena jangkitan kuman pada mata dan bernanah disebabkan penggunaan lens.

Menurut Akilah, mereka yang ingin memakai lens perlu mencuci tangan dengan bersih sebelum menyentuh dan memakai lens.

Seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) NUR DINI, 22, berkata, dia hanya beli kontek lens dengan penjual berdaftar sahaja.

Katanya bimbang jika lens yang dibeli boleh merosakkan mata.

“Beli dengan authorised seller supaya lebih dipercayai. cuci lense maximum 8 jam pakai. saya sendiri, kalau pakai seharian cuci 2 atau 4 kali sehari.

“Sebelum pakai lense make sure tangan sentiasa bersih. Kalau tak cuci nanti kemungkinan akan dijangkiti kuman,”katanya.

Dini, 22

Dini sempat memberi TIPS penjagaan MATA KERING kesan penggunaan kontek lens.

“Cari water content yang percentagenya rendah, kalau tak mata kita akan jadi lebih kering dan pedih serta berair. Beli eye mo yang lense friendly,”tambahnya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here