Home Luar Negara AS NASIHAT ISRAEL TANGGUH SERANGAN DARAT DI GAZA

AS NASIHAT ISRAEL TANGGUH SERANGAN DARAT DI GAZA

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menasihatkan Israel menangguhkan serangan darat di semenanjung Gaza yang dikuasai hamas.

Ia juga meminta Israel memastikan Qatar, yang menjadi pengantara bagi kumpulan pejuang Palestin termasuk Hamas, mengetahui mengenai rundingan berkaitan, kata sumber.

Memetik laporan REUTERS menerusi Berita Harian, perkembangan itu berlaku ketika Washington berusaha membebaskan lebih ramai tebusan dan bersedia untuk kemungkinan berlakunya perang serantau yang lebih luas.

Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober lalu, yang dikatakan membunuh kira-kira 1,400 orang dan mendorong Israel membuat serangan balas yang meragut lebih 5,000 nyawa palestin di Gaza.

AS secara terbuka menyokong sekutunya, Israel, dan menegaskan ia mempunyai hak untuk mempertahankan diri.

AS juga secara terbuka menegaskan Israel akan memutuskan jadualnya sendiri untuk membalas dendam terhadap Hamas.

Bagaimanapun, menurut dua sumber yang biasa dengan perbincangan antara AS dan Israel, Rumah Putih, Pentagon dan Jabatan Negara as masing-masing kini lebih berhati-hati dalam perbualan dengan Israel.

Keutamaan AS ketika ini ialah meluangkan lebih banyak masa untuk rundingan membebaskan tebusan yang diculik oleh Hamas pada 7 Oktober lalu. Sehingga kini, Hamas dipercayai menahan lebih 200 tebusan.

-REUTERS, BHARIAN ONLINE-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here