Home Buletin Semasa ANCHORWORX BANTU PELAUT CARI PELUANG PEKERJAAN

ANCHORWORX BANTU PELAUT CARI PELUANG PEKERJAAN

156
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@Imedikel TV

GEORGETOWN: Anchorworx komited membantu mereka yang ingin menjadi seorang pelaut dengan menubuhkan laman sesawang bagi membantu mereka yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan pelaut.

Pemilik laman sesawang tersebut, Sofiya berkata ramai pelaut yang belajar dan menjalani latihan tetapi sukar untuk mencari peluang pekerjaan.

”Disebabkan itu, pihak kami buat kajian dan kami memilih untuk menghasilkan laman sesawang sendiri untuik membantu pelaui-pelaut Malaysia untuk menacri pekerjaan.

”Bukan sahaja di malaysia, tetapi juga di Indonesia, Filipina, Singapura dan Brunei,”katanya ketika ditemui pemberita di Hari karnival Pelaut&Rumah Api 2024, di Straits Quay, di sini, hari ini.

Katanya, laman sesawang tersebut akan dilancarkan secara rasminya padas hujung tahun ini.

”Kami akan menghasilkan lebih banyak fungsi dan ciri bagi pelaujt untuk mendapatkan informasi berkaitan.

”Sebelum ini, para pelaut mencari peluang pekerjaan secara tradisional iaitu dengan melalui agensi untuk industri perkapalan dan laman sesawang lain yang terlalu umum.

Namun, kami memudahkan mereka untuk mendapatkan peluang pekerjaan melalui laman sesawang kami dengan perinciann yang telah kami lakukan,”katanya.

Sofiya berkata dia berharap agar perniagaan laman sesawangnya berkembang dengan lebih maju lagi.

“Ini bukan Sahaja kepada kami di Anchorworx malah kepada pelaut kita di Malaysia. insyaAllah kami akan hasilkan lebih lagi kemahiran dlam pekerjaan mereka sebagai pelaut,”katanya.

Imedikel Tv

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here