ROM: Bekas pengurus Manchester United, Ruben Amorim memulakan kehidupan di Serie A dengan langkah kanan apabila AC Milan kendaliannya membuka kempen dengan kemenangan 2-1 ke atas Torino, awal pagi tadi, selepas Juventus turut meraih kemenangan kurang meyakinkan pada aksi pembukaan.
Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, The Rossoneri mendapatkan khidmat Amorim selepas menamatkan saingan di tempat kelima musim lalu, dengan pengendali Portugal itu turut diberikan skuad yang melalui rombakan besar-besaran dalam usaha mencabar pencabar setempat dan juara bertahan, Inter Milan.
Amorim terpaksa menunggu sehingga sejam permainan sebelum Milan memanfaatkan penguasaan mereka di Piedmont.
Gol pembukaan hadir tidak lama selepas genap sejam permainan menerusi pemain remaja yang membuat penampilan sulung, Alphadjo Cisse, apabila penyudah bijaknya membuka ruang buat Milan bermain dengan lebih bebas.
Adrien Rabiot kemudian menggandakan kelebihan beberapa minit selepas itu apabila dia menyambut hantaran lintang Samuel Chukwueze di tiang jauh tanpa disedari pertahanan Torino.
Pemain utama yang dibeli pada musim panas, Goncalo Ramos yang menyertai Milan dari Paris Saint-Germain dengan nilai €74 juta (RM362.3 juta), gagal mencetak gol namun cukup menyusahkan barisan pertahanan Torino sepanjang permainan.
Kemenangan Milan sedikit tercalar pada penghujung masa kecederaan apabila penjaga gol Mike Maignan ditewaskan menerusi voli lencong Che Adams.
“Perkara paling penting ialah menang.
“Kami bercakap mengenai cara untuk bermain, tetapi dalam bola sepak hanya ada satu matlamat, iaitu menang,” kata Amorim.
Atalanta yang turut mempunyai pengurus baharu menerusi bekas pengendali Chelsea dan Napoli, Maurizio Sarri, pula membuka kempen dengan kemenangan 2-1 ke atas Sassuolo di laman sendiri.
Juara Liga Europa 2024 itu membuka jaringan menerusi rembatan kencang Giacomo Raspadori sebelum Cas Odenthal menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat menerusi penyudah jarak dekat pada minit ke-55.
Namun, Nikola Krstovic mengambil kesempatan daripada kesilapan pertahanan 10 minit kemudian untuk memastikan Atalanta meraih tiga mata. – AFP, HMetro Online –
IMedikel TV






