Home Luar Negara ISRAEL SERANG HIZBULLAH DI LUBNAN

ISRAEL SERANG HIZBULLAH DI LUBNAN

137
0

BAITULMAQDIS: Israel melancarkan serangan semalaman ke atas sasaran Hizbullah di Lubnan, menurut tentera Israel dalam satu kenyataan awal hari ini.

Katanya, tentera Israel menyerang sasaran tentera Hizbullah di wilayah Lubnan.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, sejak permulaan perang yang dicetuskan oleh serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini oleh Hamas ke atas Israel pada 7 oktober, pertempuran di sempadan Israel-Lubnan menyebabkan kira-kira 10 orang terbunuh di pihak Lubnan, kebanyakannya pejuang selain seorang wartawan Reuters dan dua orang awam.

Di pihak Israel, sekurang-kurangnya dua orang terbunuh.

Masyarakat antarabangsa khuatir akan meningkatnya konflik antara Hizbullah Lubnan Pro-Iran, Sekutu Hamas, dan tentera Israel.

Israel mula memindahkan ribuan penduduk di 28 lokasi di utara negara itu selepas pertempuran sempadan.

-AFP, BHARIAN ONLINE-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here