Home Buletin Semasa BAHAYA GANJA

BAHAYA GANJA

Oleh: Nur Athirah Azman, IMedikel TV

KOTA BHARU: Pengambilan ganja dalam kalangan penagih dadah sudah tidak asing lagi di negara ini.

Ganja adalah sejenis dadah daripada pokok ‘hemp’ yang dikenali sebagai Cannabbis.

Ketua Seksyen Narkotik Jabatan Kimia Malaysia, Nor Azlina Awang, berkata penggunaan ganja boleh mendatangkan perasaan tenang dan relaks, peningkatan perasaan waspada, penambahan selera makan dan mata menjadi merah.

Ketua Seksyen Narkotik, Nor Azlina Awang bersama rakan setugasnya Nurul Izzah

“Biasanya individu yang menghisap ganja, mereka akan campur ganja dengan tembakau dan dihisap dengan rokok, kesannya juga akan lebih kuat dan individu itu akan menjadi khayal,”katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Karnival Minggu Sains Negara 2023 di Dewan Jubli Perak, di sini, baru-baru ini.

Katanya, dadah itu mempunyai warna kehijauan, keperangan dan bau yang tengit.

Menurutnya, ganja juga merujuk kepada daun, batang, bunga, biji, benih kepada pokok Cannabbis yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan melalui proses salaian dahulu sebelum digunakan.

Tambahnya, kesan tindak balas daripada pengambilan itu dapat dirasai selama 10 minit yang pertama.

“Kalau melalui mikroskop ini kita akan tengok ciri-ciri ganja di mana dia ada cystolithic hairs on leaf, resin and glandular hairs on bract, simple hairs and resin on leaf,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here