Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, IMedikel TV
Sementara itu, dr. Aminuddin, berkata terdapat penurunan sebanyak 40 peratus minat pelajar-pelajar terhadap sains dan teknologi.
“Kita telah membuat kajian pada 2019, minat terhadap sains teknologi oleh adik-adik kita adalah sebanyak 67 peratus 2019. Tapi bila kita lihat balik selepas pkp dalam 2022 tahun lepas penurunan kepada 40 peratus jadi kita melihat apakah perkara-perkara yang kita hendak buat itula sebab kita cuba built untuk peruntukkan untuk kita melaksanakan lebih banyak program untuk mengekalkan minat. Dalam 2,3 minggu lepas alhamdulillah kita duduk sama-sama dengan agensi – agensi yang terlibat dengan stem kita nampak ada pengekalan walaupun penurunan itu agak drastik tapi kita cuba mengekalkan pada tahap yang sedia ada. Kita cuba membudayakan tvet, kita membudayakan stem dan juga banyak aktiviti-aktiviti yang berasaskan pada sains dan teknologi,”katanya kepada pemberita ketika ditemui di Karnival Minggu Sains Negara 2023 di Dewan Jubli Perak, di sini, semalam.
Menurut Dr. Aminuddin, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penurunan tersebut.

“Ada beberapa faktor contohnya banyak subjek yang tidak mudah difahami bila tidak mudah difahami minat terhadap subjek itu sendiri susah untuk dikekalkan mungkin agaknya kita kena menukar cara kita menyampaikan bagaimana kita menjadikan sains itu menarik. Tapi adalah sebenarnya untuk memastikan sentiasa kita dapat menarik minat adik-adik kita untuk terus menceburi ataupun melihat bagaimana sains boleh membantu kehidupan mereka dan menjadikannya lebih menarik nak mengekalkan itu, satu minat untuk mengekalkan, kedua minat unutk mempelajari sebab ramai yang mengatakan bahawa sains itu susah nak lulus matematik pun payah jadi mungkin cara kita mendekati mereka cara kita mendedahkan,”katanya.
IMedikel TV






