Home Buletin Semasa BERI PELUANG PELAJAR TEROKAI DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

BERI PELUANG PELAJAR TEROKAI DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

Oleh: Nur Athirah Azman, I Medikel TV

KOTA BHARU: Peluang menerokai dunia sains dan teknologi semakin meluas bagi mengekalkan minat pelajar terhadap bidang tersebut.

Ia memberi peluang kepada mereka untuk menjadi saintis, jurutera ataupun profesion yang berkaitan bagi melonjakkan nama negara menjadi sebuah negara yang maju pada tahun 2030.

Menurut Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Aminuddin Hassim, Minggu Sains Negara adalah salah satu inisiatif utama yang mana kita mempertengahkan bahan-bahan yang berkaitan dengan ains, teknologi dan inovasi.

“Kami ada di Pusat Sains Negara, dan juga agensi-agensi lain yang terlibat sama dalam mempelopori kalau dalam mosti kita panggil STI, Sains Teknologi Inovasi tapi di pendidikan ia dipanggil STEM, Sains Teknologi Engineering dan Matematik jadi kami gabungkan segala bahan-bahan yang kita ada untuk kita tunjukkan kepada adik-adik kita betapa menariknya sains teknologi.”

Dr Aminuddin berkata, MSN 2023 dilaksanakan sebagai intervensi pembelajaran secara informal yang mana pelajar boleh bermain, mengaplikasi, menguji dan menyelesaikan masalah yang berlaku dalam dunia sains dan teknologi.

Selain itu, katanya pihak MOSTI mengadakan pertandingan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI), permainan drone dan cetakan 3d di bawah Malaysia Techlympics yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Katanya, ketiga-tiga peserta dari negeri itu akan berentap sesama mereka.

Tambahnya, pemenang bagi pertandingan itu akan mara ke peringkat kebangsaan pada bulan depan, manakala juara peringkat kebangsaan pula akan mara ke peringkat antarabngsa.

“Kita cuba ketengahkan disini ialah berkaitan dengan AI, permainan drone, 3D Printing dan juga mengaplikasikan banyak teknologi dalam penyelesaian kehidupan kita seharian.”

Katanya, setakat ini, pihaknya berjaya menarik seramai 1.7 juta peserta untuk mengunjungi MSN 2023 bagi melihat dan menyertai beberapa pertandingan yang diadakan di Dewan Jubli Perak, di sini, semalam.

Dr. Aminuddin berharap, pelajar yang terlibat dalam MSN 2023 akan terus mendalami dunia sains dan teknologi bagi mengubah negara menjadi lebih maju dan berdaya saing.

“Kita harap ramai adik-adik ini akan terus bersama-sama kita sebab Techliympic itu merupakan satu jenama yang dipercayai untuk mempertengahkan banyak lagi permainan-permainan atau pertandingan yang berasaskan kepada sains teknologi dan inovasi.

“Inshaallah dari masa ke semasa kita akan cuba luaskan pertandingan ini ataupun Techlimpic ataupun MSN ini kepada ramai adik-adik sebab kita nak minta mereka terlibat sama-sama dalam bidang sains teknologi dan inovasi.”

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here