LONDON: Bukayo Saka tidak dapat beraksi untuk England bagi aksi menentang Australia dan Itali, umum Persatuan Bolasepak Inggeris semalam.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Gareth Southgate menyenaraikan pemain sayap Arsenal berusia 22 tahun itu dalam skuad 26 pemainnya minggu lalu, tetapi Saka tidak diturunkan dalam kemenangan 1-0 The Gunners ke atas Manchester City akibat kecederaan hamstring.
“Penyerang itu melaporkan diri pada Isnin bersama pemain-pemain The Three Lions lain di St George’s Park.
“Selepas terlepas kemenangan Liga Perdana Inggeris Arsenal ke atas Manchester City pada Ahad kerana kecederaan, Saka dinilai oleh pasukan perubatan England dan diputuskan pemain itu akan terus menjalani pemulihan bersama kelab.
“Tidak ada penggantian, Gareth Southgate akan meneruskan saingan dengan 25 pemain,” kata badan induk bola sepak Inggeris itu.
England akan melayan kunjungan Australia dalam aksi persahabatan di Wembley pada Jumaat sebelum berdepan Itali di stadium nasional itu untuk aksi kelayakan Euro 2024 pada 17 Oktober. – AFP-AGENSI-BERITA HARIAN ONLINE-
Imedikel TV






