Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV
KOTA BHARU: Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kelantan memberi sokongan padu kepada jabatan kerajaan dan swasta dalam merealisasikan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini.
Pengarahnya, Muhd Nor Aswadi Md. Nor berkata, kerjasama itu membuahkan hasil yang baik sepanjang program tersebut.
“Malam ni kita telah melaksanakan program apresiasi sempena sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia bagi tahun 2023 Jabatan Penerangan peringkat negeri Kelantan. Alhamdulilah kita bersyukur kerana semua rakan rakan strategik kita terutamanya pihak Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelarasan Pelaksanan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) negeri Kelantan memberikan sokongan padu untuk menjayakannya bersama.
“Keduanya kita berterima kasih kepada rakan-rakan strategik daripada pihak swasta termasuk daripada pihak Imedikel dan jugak Neo Medical yang memberi bantuan serta sumbangan kepada kita untuk melaksanakan program ini,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Malam Apresiasi Bulan Kebangsaan 2023, di Bonda Heritage Restoran Al-Khatiri di sini, semalam.
Nor Aswadi berharap program ini dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang.
“Melihat kepada sambutan yang begitu hangat setiap tahun di setiap lokasi yang kita laksanakan program ini maka kita mengharapkan agar kerjasama yang baik ini dapat di kekalkan dan diteruskan pada tahun hadapan dengan program-program yang lebih baik yang lebih tersusun dan mendapat penglibatan ataupun sambutan lebih ramai rakyat negeri Kelantan khususnya.
“Kita mengharapkan terutamanya rakan-rakan swasta lah dengan semangat cintakan tanah air ini untuk terus memberikan sumbangan kepada pihak kami untuk kita sama sama laksanakan amanah negara ini untuk kita menunjukkan kasih sayang dan cinta kepada negara kita inshaAllah,”katanya.
Imedikel TV






