KUALA LUMPUR: Memetik laporan dari berita harian,Pahang Rangers nyata berada pada kelas tersendiri apabila meraih kejuaraan berganda musim ini selepas menjulang Piala Futsal Malaysia susulan kemenangan ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi.
Selepas mengecewakan lawan sama pada final Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) 2023, mereka berdepan tentangan sengit pada aksi final apabila terikat 4-4 sebelum menoktahkan kemenangan 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti.
Pada aksi terbabit, JDT mendahului seawal minit kedua menerusi Ekmal Shahrin sebelum Pahang Rangers yang sentiasa mengasak meraih gol penyamaan hasil sentuhan Ridzwan Bakri pada minit ke-16.
JDT berpeluang untuk kembali di depan namun Abu Haniffa Hasan gagal menyempurnakan penalti sekali gus kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat babak pertama.

Pahang Rangers terus berjuang dan berjaya mengurangkan defisit menerusi gol sendiri dan aksi bertambah dramatik selepas Ridzwan menyamakan kedudukan ketika saingan berbaki seminit setengah.
JDT dirundung malang apabila Ekmal dilayangkan kad merah di hujung permainan namun mereka terselamat apabila sepakan penalti Sergio Jamur ketika aksi berbaki 20 saat diselamatkan Aiman Fikry Ramli.

Jamur menebus kekecewaannya apabila meledak gol keempat Pahang Rangers pada masa tambahan namun JDT kembali membalas dengan gol penyamaan Awalludin Mat Nawi.
Terdahulu, aksi pada sebelah petang menyaksikan Selangor MAC meraih tempat ketiga selepas membenam Terengganu 7-2.
Sekalipun Nontawata Rakpitawong dan Shafiq Afnan Azmi mengikat kedudukan 2-2 buat Terengganu namun mereka tidak mampu menyekat kemaraan Selangor MAC yang menambah lima lagi gol untuk menoktahkan kemenangan bergaya.
Imedikel TV






