NEW YORK: Novak Djokovic menewaskan Daniil Medvedev 6-3, 7-6 (7/5), 6-3 untuk gelaran Terbuka Amerika Syarikat (AS) keempatnya, sekali gus menebus kekecewaan tewas kepada pemain Russia itu dalam aksi final dua tahun lalu.
Djokovic, 36, turut menjadi pemain lelaki tertua menjuarai kejohanan itu dalam era Terbuka dan menyamai rekod sepanjang zaman Margaret Court untuk kemenangan Grand Slam terbanyak pada 24 gelaran.
Pemain Serbia itu, yang akan kembali menduduki ranking teratas dunia, adalah lelaki pertama memenangi tiga acara Grand Slam dalam semusim sebanyak empat kali.
“Saya ingin menyampaikan mesej kepada anak muda di luar sana. Ketika berusia tujuh tahun saya mengimpikan untuk memenangi Wimbledon dan menjadi pemain nombor satu dunia.

“Saya amat bersyukur kerana saya rasa saya mempunyai kuasa untuk menentukan takdir saya sendiri.
-Memetik laporan agensi menerusi berita harian-
“Hidup dalam masa sekarang, lupakan masa silam. Jika anda mahukan masa depan lebih baik, anda cipta sendiri,” kata Djokovic.
Medvedev menewaskan Djokovic dalam straight set pada final 2021 dan menghalang pemain Serbia itu menjadi lelaki pertama memenangi keempat-empat Grand Slam dalam tahun yang sama sejak Rod Laver pada tahun 1969.


Dalam laluan ke final, Medvedev menyingkirkan juara bertahan, Carlo Alcaraz dan berpeluang menjadi pemain pertama menewaskan dua pemain pilihan utama untuk menjadi juara sejak tahun 1975. – AFP
Imedikel TV






