ISLAMABAD: Pihak berkuasa pakistan membuka kertas siasatan terhadap bekas perdana menteri, imran khan atas dakwaan membocorkan rahsia negara selepas menamakannya dan tiga pegawai dalam satu kes baharu, kata sumber keselamatan.
Perkara itu yang kini dalam siasatan, berkait kabel rahsia dihantar ke islamabad oleh duta pakistan di washington pada awal tahun lalu yang didakwa didedahkan kepada umum oleh imran.
Memetik laporan REUTERS menerusi BH Online bekas pemain kriket berusia 70 tahun itu mendakwa kabel berkenaan sebahagian daripada konspirasi Amerika Syarikat (AS) untuk mendesak tentera Pakistan supaya menggulingkannya dalam undian tidak percaya parlimen pada 2022 kerana beliau melawat Moscow, sebelum Russia melancarkan serangan terhadap ukraine.
Washington dan tentera Pakistan masing-masing menafikan dakwaan itu.
Imran kini sedang menjalani hukuman penjara selama tiga tahun bagi tuduhan rasuah dan dilarang menceburi politik selama lima tahun.
Difahamkan siasatan itu menghimpunkan bukti bagi digunakan di mahkamah terhadap imran khan berkait tuduhan membocorkan rahsia rasmi.
Satu daripada tiga pembantu yang turut dinamakan dalam kes berkenaan, bekas menteri luar, Shah Mehmood Qureshi, ditahan pada sabtu dan kini dalam tahanan agensi siasatan persekutuan selama empat hari.
Sabitan mengikut akta rahsia rasmi pakistan boleh membawa hukuman penjara antara dua hingga 15 tahun, atau hukuman mati. -BH Online –
Imedikel TV






