KUALA LUMPUR: Jaguh negara, Datuk Azizulhasni Awang mengakui ia bukan keputusan yang dimahukannya selepas mengakhiri cabaran di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Glasgow, Scotland tanpa sebarang pingat.
Memetik laporan Berita Harian, sebaliknya, pelumba berusia 35 tahun itu terpaksa akur apabila menduduki tempat kesembilan dalam kedua-dua acara disertainya iaitu pecut individu dan keirin.
“Bukanlah keputusan yang saya mahukan untuk penampilan terakhir di Kejohanan Dunia ini namun saya harus menerima dengan hati yang terbuka. Kita merancang, Allah merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.
“Dari sudut yang positif, saya masih mendapat banyak kutipan mata untuk kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
“Terima kasih atas sokongan dan doa daripada anda semua serta ribuan maaf diatas prestasi di sini,” kata juara dunia keirin pada 2017 itu.
Terdahulu, Azizulhasni gagal melangkah ke perlumbaan akhir acara keirin apabila sekadar menamatkan aksi separuh akhir di kedudukan keempat sebelum akhirnya berpuas hati dengan tempat kesembilan pada aksi klasifikasi ketujuh hingga ke-12, awal pagi tadi.
“Terima kasih atas sokongan dan doa daripada anda semua serta ribuan maaf diatas prestasi di sini,” kata juara dunia keirin pada 2017 itu. Terdahulu, Azizulhasni gagal melangkah ke perlumbaan akhir acara keirin apabila sekadar menamatkan aksi separuh akhir di kedudukan keempat sebelum akhirnya berpuas hati dengan tempat kesembilan pada aksi klasifikasi ketujuh hingga ke-12, awal pagi tadi.- BH Online-
Imedikel TV






