Home Sukan ZII JIA, TZE YONG BERTEMU DI SUKU AKHIR TERBUKA AUSTRALIA

ZII JIA, TZE YONG BERTEMU DI SUKU AKHIR TERBUKA AUSTRALIA

151
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan agensi berita harian dua pemain perseorangan lelaki utama negara, lee zii jia dan ng tze yong akan membuat perhitungan antara satu sama lain pada aksi suku akhir terbuka australia, esok.

Terdahulu, zii jia menamatkan badi kekalahan pusingan awal apabila melangkah ke kelompok lapan terbaik buat kali pertama selepas lima kejohanan apabila menewaskan wakil india, mithun manjunath 21-13, 12-21, 21-19 pada aksi pusingan kedua, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan dia menempah pertemuan dengan tze yong yang terlebih dahulu mengesahkan kemaraan ke suku akhir apabila mengejutkan pemain nombor lima dunia dari indonesia, jonatan christie 22-20, 21-15.

Berbanding zii jia, ini adalah kali kelima tze yong berjaya melangkah ke suku akhir dalam kejohanan musim ini selepas seluruh england, terbuka switzerland, terbuka thailand dan terbuka korea.

Pertembungan zii jia dan tze yong, esok pastinya dinantikan peminat badminton negara.

Perlawanan itu juga boleh disifatkan sebagai ‘penentuan’ siapa lebih layak bergelar pemain perseorangan lelaki nombor satu negara ketika kedudukan ranking dunia kedua-dua pemain itu hanya dibezakan empat anak tangga.

Zii jia ketika ini berada di kedudukan ke-17 manakala tze yong ke-21.

Sebagai rekod, kedua-dua pemain tidak pernah bertemu antara satu sama lain dalam mana-mana kejohanan antarabangsa sebelum ini. – BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here