Home Buletin Semasa JBPM KELANTAN BERSEDIA HADAPI PRN

JBPM KELANTAN BERSEDIA HADAPI PRN

272
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan bertanggungjawab daripada segi persediaan awal untuk mengenal pasti lokasi Pilihan raya Negeri (PRN) dilaksanakan.

Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM, Penguasa Kanan Bomba II (PgKB II), Mohd Wildan Azhari berkata pemeriksaan awal akan dijalankan bagi mengelak sebarang risiko.

“Sebagai persediaan awal untuk PRN kali ini, pihak JBPM negeri Kelantan khususnya dan mengelakkan sebarang risiko untuk keberangkalian berlakunya kejadian mungkin juga bencana dan kita dah bermula dua minggu yang lalu.

Wartawan I Medikel TV dalam sesi temubual bersama pihak bomba

“Kita dah buat semakan di balai, kalau ada sebarang kemungkinan berlaku kita cuba elakkan. Antara aspek lain kita cuba mengenal pasti di mana lokasi-lokasi kemungkinan berlakunya kejadian, seba kita pun risau pelbagai perkara boleh berlaku,”katanya ketika ditemui pemberita, di Ibu Pejabat JBPM, di Tunong, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, pada peringkat JBPM bersedia dari segi kekuatan anggota.

“Jika perlu kita bekukan cuti sebab kita pun telah diberikan arahan untuk undi secara pos, maknanya kita sudah bersedia, termasuklah juga dari segi logistik,”katanya.

Wildan juga berpesan kepada pengundi untuk PRN kali ini.

“Nasihat yang saya berikan adalah mungkin perancangan dari segi waktu untuk mengundi kemungkinan ada yang bawa golongan kurang upaya, otrang-orang tua jadi minta untuk sentiasa berjaga-jaga, elakkanlah daripada sebarang rusuhan dan sebagainya, kita pun mahukan keharmonian tersebut,”katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here