Oleh: Nur Athirah Azman (Wartawan Imedikel TV)
BACHOK: Kementerian Pengajian Tinggi mengambil perhatian dalam usaha untuk memperluaskan ruang keupayaan universiti untuk menambah lebih ramai pelajar dalam program Doktor Perubatan Veterinar.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menambah pelajar dalam bidang veterinar bagi melahirkan lebih ramai doktor veterinar.
Beliau berkata setakat ni, UMK hanya mampu menampung seramai 50 pelajar dalam program tersebut.
“Kita akan memperbaiki dari masa ke semasa. Memang ada projek yang sedang dijalankan untuk membesarkan keupayaan universiti tetapi ia mengambil masa sedikit untuk disiapkan,”katanya ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Inkubator Keusahawanan, Pusat Penyelidikan dan Hospital Pengajar Perubatan Veterinar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata UMK adalah salah satu universiti yang mempunyai fasiliti hospital veterinar.

“Dia antara dua universiti dalam sistem pendidikan tinggi negara yang mempunyai hospital veterinar, selain daripada UPM yang bidang pekerjaannya adalah pertanian, UMK satu-satunya universiti selain daripada UPM yang mempunyai hospital veterinar.”katanya.
Tambahnya, beliau turut berbangga kerana sehingga kini UMK telah berjaya melahirkan 400 doktor veterinar.
Hadir sama Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr Razli Che Razak.
Dalam pada itu, beliau berkata kadar pelajar UMK yang memilih untuk menceburi bidang keusahawanan adalah lebih tinggi berbanding universiti lain.

“Kementerian setuju menerima cadangan universiti supaya centre for entrepreneurship pusat kecemerlangan keusahawan universiti diangkat sebagai pusat kecemerlangan keusahawanan pengajian tinggi.”katanya.
Katanya, pusat pengajian itu akan terus menjadi panduan dan rujukan kepada semua universiti awam di seluruh negara untuk membantu dalam menerapkan nilai keusahawanan dalam kalangan pelajar untuk menjadi usahawan.
Imedikel TV






