Home Sukan GAJI MBAPPE MAMPU PENGARUHI BINTANG LIGA PERDANA INGGERIS

GAJI MBAPPE MAMPU PENGARUHI BINTANG LIGA PERDANA INGGERIS

155
0

LONDON: Sekiranya Kylian Mbappe menerima tawaran 259 juta pound (RM1.53 bilion) dari kelab Arab Saudi, Al-Hilal. Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris kini berharap pemain-pemain ternama mereka tidak akan menuntut gaji lebih tinggi.

Perpindahan penyerang Perancis itu, yang dilaporkan bakal menerima gaji 3 juta pound (RM17.69 juta) seminggu, akan mempengaruhi bintang-bintang di Liga Perdana Inggeris untuk berpindah ke Liga Pro Saudi jika gaji mereka tidak dinaikkan sewajarnya.

Gaji pemain-pemain di negara Timur Tengah itu jauh lebih tinggi berbanding bintang-bintang di Liga Perdana Inggeris.

Erling Haaland adalah pemain termahal di Liga Perdana Inggeris, namun juara treble, Manchester City hanya membayarnya 900,000-pound (RM5.31 juta) seminggu.

“Tidak mengejutkan jika pemain-pemain ternama mengugut untuk mengikut Mbappe sekiranya gaji mereka di takuk lama.

“Ketika ini Liga Perdana Inggeris masih mampu bertenang. Namun jika lebih ramai pemain hebat mula angkat kaki, ia mungkin akan mempengaruhi hak penyiaran,” kata sumber rapat Liga Perdana Inggeris. – BH Online & AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here