Home Luar Negara 13 MAUT KEJADIAN BANGUNAN RUNTUH DI KAHERAH

13 MAUT KEJADIAN BANGUNAN RUNTUH DI KAHERAH

131
0

KAHERAH: Anggota pertahanan awam menarik keluar sembilan orang antaranya seorang wanita yang cedera, manakala lapan yang lain meninggal dunia, tambah kenyataan itu sambil memaklumkan lima lagi individu sempat meninggalkan bangunan berkenaan sebelum itu runtuh.

Menurut kenyataan itu, wanita terbabit dan dua penduduk mendakwa bangunan satu tingkat berkenaan runtuh disebabkan seorang penduduk merobohkan dindingnya baru-baru ini walaupun jiran meminta supaya tidak berbuat demikian.

Memetik laporan Reuters di berita harian, pihak pendakwaan memerintahkan penahanan pemilik bangunan, kontraktor yang bertanggungjawab bagi kerja-kerja itu dan seorang pekerjanya disoal siasat.

Al-Ahram, memetik seorang penduduk di kawasan itu melaporkan tujuh sekeluarga terbunuh dalam kejadian itu.

Sebilangan besar bangunan di tengah kaherah bermula pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, dan banyak yang usang atau dalam beberapa kes ditinggalkan.

Mesir menyaksikan beberapa kes kejadian bangunan runtuh yang menyebakan kematian dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kedua-duanya disebabkan keadaan usang bangunan, selain ketidakpatuhan terhadap peraturan bangunan dan perancangan bandar.

Sumber: REUTERS & BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here