Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan I Medikel TV
MACHANG: Pesakit karbunkel, Nornikman Mat Yusof, 39, dari Kampung Pulai Chondong, di sini, meninggal dunia kira-kira jam 4.14 petang semalam.
Menurut abang arwah, Somad Yusuff, adiknya dibawa ke Hospital Machang jam 6.30 petang sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, jam 3 pagi selepas mengadu sesak nafas.
“Dia mengadu sesak nafas, lepas tu telefon pembantu perubatan (HA) Klinik Pulai Chondong. HA tu datang ke rumah tengok.
“Lepas tu bawa ke Hospital Machang dulu.Dalam masa doctor check darah semua tu, jadi doctor kata agak teruk dan dikejarkan ke HRPZ II,”katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Katanya, Nornikman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum ditidurkan.
Menurut Somad, adiknya ditidurkan sebelum disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman disebabkan penyakitnya sebelum ini.
Somad berkata, jenazah disolatkan di rumah pada jam 10 malam dan kebumikan Tanah Perkuburan Kampung Surau, di sini.
Kisah Nornikman disiarkan I Medikel TV pada 14 Jun lalu.
Imedikel TV






