Home Buletin Semasa FAHMI KEPADA SANUSI, BERANI BUAT BERANI TANGGUNG

FAHMI KEPADA SANUSI, BERANI BUAT BERANI TANGGUNG

141
0

TANJONG KARANG: Kesal dan kecewa, itulah kenyataan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dengan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam urusan pemilihan Menteri Besar.

Katanya, tindakan Muhammad Sanusi itu seolah-olah ‘tahu semua perkara’ dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan beliau.

“Ada perkara yang saya tidak boleh terima apabila beliau buat. Sebelum ini, sudah diingatkan jangan sentuh isu bangsa, agama dan institusi diraja (3R).

“Majlis Raja-Raja sudah bertitah…..Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sudah sebut…Ketua Polis Negara (Tan Sri Razarudin Husain) sudah ingatkan.

“Baru-baru ini beliau perlekehkan Sultan Selangor dengan cara mengejek. Itu biadab dan derhaka. Itulah politik Perikatan Nasional (PN),” katanya ketika berucap pada program Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di Dewan Serbaguna Haji Omar, Kampung Bukit Belimbing, di sini, malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan Muhammad Sanusi dalam satu ceramah mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Menerusi video tular dipercayai ketika menyampaikan ceramah, Muhammad Sanusi juga turut didakwa memperlekeh pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurut laporan media, Sanusi dalam ceramahnya baru-baru ini, membuat perbandingan antara Sultan Kedah dan Sultan Selangor dalam melantik Amirudin menjadi menteri besar yang dilabelnya sebagai “cokia”.

Dalam pada itu, Fahmi mengingatkan Muhammad Sanusi supaya menanggung segala perbuatan yang telah beliau lakukan.

“Saya tak nak cakap lebih dari itu. Tetapi, selepas peringatan dibuat..berani buat berani tanggung,” katanya.- BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here