Home Buletin Semasa HARGA BARANGAN MUNGKIN MENINGKAT UNDANG KEBIMBANGAN

HARGA BARANGAN MUNGKIN MENINGKAT UNDANG KEBIMBANGAN

Oleh: Alini Nadhirah Ismail, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Harga barangan dijangka meningkat menjadi kebimbangan ramai dan dijangka akan melonjak naik sehingga 20 peratus menjelang Oktober tahun ini.

Hal ini berikutan inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia.

Justeru, wartawan I Medikel TV membuat tinjauan bagi mendapatkan pendapat dan komen berkaitan isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

Ruhaya Abd Ghani,50, dari Kota Bharu, berkata sebagai peniaga dia berpandangan jika barangan naik harga jualan juga akan meningkat.

“Bagi pengguna jika dia datang minggu ni harga lain lepas tu minggu depan harga lain sedangkan produk yang kita jual ni banyak daripada Thailand jadi tukar duit tu, duit kita rendah jadi sebagai peniaga untung kita kecil jadi kalau ambil untung lebih sikit diaorang akan bising,”katanya.

Katanya jika harga barangan terus meningkat ia akan menyukarkan segelintir masyarakat untuk kelangsungan hidup.

Senada dengannya, Azimah, 47, dari Kampung Tendong, di sini, berkata, jika harga barangan akan meningkat lagi maka perniagaannya akan mula merosot perlahan-lahan.

“Kenaikan harga barang ini banyaknya memberi kesan kepada peniaga kalau harga dah naik, pengguna akan mula berkuranglah sebab mereka terpaksa tetapkan bajet perbelanjaan, contohnya jualan makanan macam nasi berlauk, orang akan fikir banyak kali untuk membeli dan akhirnya hanya masak dirumah dan itulah memberi kesan kepada peniaga” katanya selepas ditemui pemberita di sekitar Kota Bharu, hari ini.

Menurutnya sebagai peniaga dia amat bimbang jika kenaikan harga barang akan berlaku selepas ini.

Sementara itu, Hatma, 44, dari Kampung Kedai Buloh, berkata jika harga melonjak naik dia terpaksa menjual dengan harga yang tinggi dan ini amat menggusarkannya sebagai peniaga makanan.

“Kalau boleh pertimbangkanlah harga barang ni, kesianlah dekat rakyat, pembeli pun susah peniaga macam kami pun turut susah” katanya ketika ditemui hari ini.

Beberapa hari kebelakangan ini, tular di media sosial tentang isu kenaikan harga barang menimbulkan kegusaran kepada ramai pihak

Bagaimanapun, Berita Harian hari ini melaporkan kerajaan memberi jaminan harga barang tidak naik secara melampau sehingga hujung tahun ini.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here