Home Buletin Semasa DUA PENCARI KEPAH LEMAS DIHANYUT ARUS DERAS

DUA PENCARI KEPAH LEMAS DIHANYUT ARUS DERAS

198
0

KUCHING: Hasrat tiga lelaki mencari kepah di pantai Espalanade Kampung Buntal, di sini, tengah malam tadi bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas selepas dihanyutkan arus deras.

Mayat mangsa pertama, Mohamad Amin Umar, 39, ditemui pada jam 3.30 pagi manakala mangsa kedua, Awang Khairul Aziq Awang Chula, 25, pada jam 3.42 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.47 tengah malam.

Beliau berkata, tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dibantu dua Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Swart serta tiga Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Buntal, diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi kejadian, maklumat diterima terdapat tiga lelaki mencari kepah di pantai berkenaan dengan dua daripadanya hilang dihanyutkan arus deras manakala seorang lagi berjaya menyelamatkan diri.

“Operasi pencarian yang turut disertai penduduk kampung dilancarkan dalam radius 100 meter di sekitar lokasi terakhir kedua-dua mangsa dilihat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa pertama ditemui terdampar di pantai itu oleh penduduk kampung kira-kira 400 meter dari lokasi dia hilang.

“Mangsa kedua pula kemudiannya ditemui oleh anggota pasukan penyelamat juga terdampar di pantai tidak jauh dari lokasi mayat mangsa pertama,” katanya

Menurutnya lagi, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here