Home Sukan IGHALO TAYANG GAYA HIDUP MEWAH PEMAIN AL-HILAL

IGHALO TAYANG GAYA HIDUP MEWAH PEMAIN AL-HILAL

168
0

RIYADH: Bekas pemain pinjaman Manchester United, Odion Ighalo menunjukkan kemewahan yang bakal dinikmati pemain-pemain kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal.

Ighalo bermain di Arab Saudi sejak tahun 2021 dengan penyerang Nigeria itu pada awalnya bersama Al-Shabab sebelum berpindah ke Al-Hilal.

Dia muncul penjaring ketiga terbanyak liga tertinggi Arab Saudi itu dengan 19 gol tetapi Al-Hilal terpaksa berpuas hati di tempat ketiga Liga Pro Saudi.

Ighalo memuat naik gambarnya di dalam pesawat mewah bagi menunjukkan kepada peminat bagaimana pasukan bergerak untuk aksi di tempat lawan.

Pesawat Boeing 747-400, yang dianggarkan bernilai 173 juta pound (RM1.03 bilion), disewa oleh Putera Alwaleed bin Talal – jutawan Saudi yang menjadi peminat utama pasukan itu.

Kapal terbang dengan kapasiti 400 penumpang itu diubah suai untuk keselesaan pasukan dan dilengkapi barangan mewah.

Ia termasuk ruang makan, tempat rehat dan kerusi mewah yang ditunjukkan oleh Ighalo dan rakan sepasukannya.

Pemain 34 tahun itu bagaimanapun akan meninggalkan Al-Hilal musim depan selepas kontraknya tamat tahun ini.

Selain pemain Wolves, Ruben Neves dan pemain Chelsea, Kalidou Koulibaly, Al-Hilal turut mensasarkan pemain Manchester City, Bernardo Silva untuk menyertai kelab itu musim depan. 

Sumber BH Online

Sumber AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here