Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV
Tular di media sosial baru-baru ini berkaitan pembantu rumah yang melarikan diri tanpa pengetahuan majikan.
Rata-rata warga Indonesia mencari rezeki di Malaysia dengan bekerja sebagai pembantu rumah atau dikenali sebagai `bibik’.
Dengan itu, majikan di Malaysia sedia menerima kedatangan bibik dari negera seberang, boleh dianggap dilayan bak saudara sendiri.
Namun, terdapat juga segelintir `bibik’ itu yang tidak menghargai majikan malah mengambil keputusan untuk melarikan diri dan kembali ke negara asal mereka.
Wartawan IMedikel TV berkesempatan bertanyakan pendapat orang ramai tentang isu `bibik’ lari dari rumah.

Berkongsi pendapat dari Mariam Marina Musa, 49, dari Besut meluahkan isi hatinya yang sedih dan berasa rindu atas kehilangan bibiknya’ yang keluar tanpa keizinannya.
Ini kerana dia telahpun mengganggap `bibik’ itu seperti adiknya sendiri.
“Dia pergi tanpa berita rasa kehilangan lah hati saya ni sebab dia tiada masalah apa-apa dengan kita, dan dia juga pernah maklum pada saya yang dia akan pulang ke negera asal pada bulan 10 tahun ini tetapi belum sampai bulan 10 dia sudah melarikan diri.
“Padahal setiap bulan, saya akan hantar dia rehat di rumah saudaranya di Kota Bharu dan selepas tu kita akan ambilnya, cuma 2 minggu lepas tu dia tak telefon untuk datang ambil sehingga ke hari ini tak ada khabar berita.
“Saya tak marah pun cuma terasa hati dan memang rindu lah sebab setiap hari berbual dengan dia dan buat kerja pun sama-sama dekat rumah,” katanya ketika dihubungi wartawan IMedikel TV.

Fadhilah, 18, dari Bachok berkata sebelum ini terdapat juga pembantu rumahnya dari negara seberang yang melarikan diri pada waktu malam.
“Taktiknya adalah dia kata dia nak keluar untuk beli barang di kedai runcit tapi sebenarnya tanpa pengetahuan kami sekeluarga, dia telahpun meletakkan luggage nya di luar rumah pada waktu petang.“Kami memang rasa tertipu dengan perbuatannya, saya cuba telefon tapi telefonnya telah dimatikan,”

Seorang lagi, Baihaqi, 22, dari Bachok berkata sudah 2 kali berturut-turut pembantu rumahnya melarikan diri.
“2 tahun lepas, saya upah bibik Indonesia hanya untuk mengasuh anak saya di rumah dan saya pun mengizinkannya untuk tinggal bersama saya namun tak sampai 5 bulan dia larikan diri tanpa sebab apa-apa.
“Tapi alhamdulillah barang berharga saya tiada yang hilang dan saya akui dia memang baik dan bagus cuma mungkin dia ada sedikit masalah dengan keluargnya di kampung kerana dia pernah mencuba untuk pinjam duit dari saya untuk keperluan keluarganya,” katanya.
Sumber Iluminasi
Imedikel TV






