Home Buletin Semasa SWCORP PUPUK GENERASI MUDA PRIHATIN TERHADAP KEBERSIHAN, KELESTARIAN ALAM SEKITAR

SWCORP PUPUK GENERASI MUDA PRIHATIN TERHADAP KEBERSIHAN, KELESTARIAN ALAM SEKITAR

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Sebanyak 659 sekolah rendah dan menengah mengambil bahagian pada Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah (PerKISS) Tahun 2026 Peringkat Negeri Pahang.

Program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)

Negeri Pahang membabitkan 182 sekolah menengah dan 477 sekolah rendah.

Pengarah SWCorp Negeri Pahang, Cairul Hisham Jalaluddin berkata, pertandingan kali ini begini

membanggakan apabila sebanyak 574,425.77 kilogram (kg) bahan kitar semula berjaya dikumpul berbanding sebanyak 71,353.80 kg tahun lalu.

Menurutnya, penganjuran PerKISS adalah usaha berterusan SWCorp sejak 2014 bagi memupuk kesedaran serta membudayakan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kalangan warga sekolah dalam usaha melahirkan generasi yang prihatin terhadap kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Katanya, setiap tahun sambutan terhadap pertandingan kitar semula sekolah-sekolah sentiasa menggalakan, sokongan pihak sekolah dan murid meletakkan program ini pada landasan sebenar.

“Pada edisi tahun ini sebanyak 659 sekolah rendah dan menengah di Pahang mengambil bahagian, lebih membanggakan sebanyak 574,425.77 kg bahan kitar semula berjaya dikumpulkan meningkat berbanding tahun lalu.

“Saya berharap jumlah penyertaan tahun depan bertambah, usaha itu tidak berhasil tanpa sokongan dan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah (PerKISS) Tahun 2026 Peringkat Negeri Pahang di Dewan Seri Orkid, BCIC Lodge, di sini semalam.

Pertandingan kali ini menyaksikan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Mengkuang, Bera dinobatkan sebagai johan kategori utama sekolah rendah, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Afzan, di sini muncul juara kategori utama sekolah menengah.

Turut disampaikan hadiah bagi kategori Anugerah Khas 3R sebagai pengiktirafan terhadap kreativiti, inovasi dan komitmen dalam memperkasakan amalan kitar semula di sekolah.

Cairul Hisham berkata, pertandingan kitar semula sekolah-sekolah antara usaha memupuk generasi muda yang prihatin terhadap kebersihan dan kelestarian alam sekitar bermula di sekolah.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here