Home Buletin Semasa KKM HARGAI SUMBANGAN MEDIA, IMEDIKEL TV TURUT DIJEMPUT KE MAJLIS APRESIASI 2026

KKM HARGAI SUMBANGAN MEDIA, IMEDIKEL TV TURUT DIJEMPUT KE MAJLIS APRESIASI 2026

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghargai sumbangan serta komitmen pengamal media dalam membantu menyampaikan maklumat dan memperluas agenda kesihatan awam menerusi penganjuran Majlis Apresiasi Media Bersama Menteri Kesihatan Tahun 2026.

Majlis anjuran Unit Komunikasi Korporat (UKK), KKM itu berlangsung di Impiana Banquet Hall, Hotel Impiana KLCC, di sini, hari ini, dengan kehadiran Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Portal berita IMedikel TV turut dijemput menghadiri majlis berkenaan sebagai sebahagian daripada pengamal media yang memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat berkaitan kesihatan kepada masyarakat.

Penganjuran majlis itu adalah tanda penghargaan KKM terhadap sumbangan, komitmen dan profesionalisme pengamal media dalam menyokong usaha penyebaran maklumat serta meningkatkan capaian agenda kesihatan awam.

Majlis turut menyaksikan penyampaian lima kategori anugerah sebagai pengiktirafan terhadap hasil karya dan kandungan media berkaitan bidang kesihatan.

Lima kategori berkenaan ialah Anugerah Laporan Berita Terbaik, Anugerah Rencana Terbaik, Anugerah Kandungan Media Sosial Terbaik, Anugerah Dokumentari Terbaik dan Anugerah Foto Terbaik.

Majlis dimulakan dengan ketibaan tetamu dan pendaftaran sebelum ketibaan Menteri Kesihatan, diikuti nyanyian lagu Negaraku, tayangan montaj, ucapan, penyampaian anugerah serta sesi bergambar.

Program diteruskan dengan jamuan makan tengah hari sebelum berakhir kira-kira jam 1 tengah hari.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here