Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
GUA MUSANG: Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas dipercayai lemas di sebuah kolam mini di Taman Etnobotani, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 11 pagi.
Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa menggunakan ambulans ke Jabatan Kecemasan Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
“Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti keadaan serta punca sebenar kejadian.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa memberikan pengawasan rapi terhadap kanak-kanak, khususnya ketika berada di kawasan kolam renang, sungai dan kawasan rekreasi air.
Pihak polis juga tidak akan membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu sehingga semua fakta dan hasil bedah siasat diperoleh.
“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelasnya.
IMedikel TV






