Home Buletin Semasa PENUNGGANG YAMAHA EGO MAUT BERTEMBUNG DENGAN HONDA RS BERHAMPIRAN SMK KADOK

PENUNGGANG YAMAHA EGO MAUT BERTEMBUNG DENGAN HONDA RS BERHAMPIRAN SMK KADOK

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang penunggang motosikal maut di lokasi kejadian selepas motosikal jenis Yamaha Ego yang ditungganginya dipercayai memasuki laluan utama sebelum bertembung dengan sebuah Honda RS berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kadok, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari itu, mangsa yang menunggang motosikal terbabit dipercayai keluar dari bahu jalan sebelah kiri sebelum memasuki laluan utama dari arah Kok Lanas menghala ke Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, siasatan awal mendapati penunggang Honda RS yang sedang bergerak lurus di laluan sah tidak sempat mengelak berikutan jarak terlalu dekat sebelum melanggar bahagian sisi kanan Yamaha Ego berkenaan.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang Yamaha Ego meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penunggang Honda RS, lelaki berusia awal 40-an, mengalami kecederaan pada kaki kanan dan menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Pihak polis menerima laporan berhubung kemalangan itu kira-kira jam 1.15 tengah hari.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu atau Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Syarafuddin Ramlee menerusi talian 09-7752315.

Polis turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi undang-undang serta isyarat lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here