Home Buletin Semasa BEKAS PEMAIN KEBANGSAAN TIBA DI MAHKAMAH UNTUK BERDEPAN DAKWAAN

BEKAS PEMAIN KEBANGSAAN TIBA DI MAHKAMAH UNTUK BERDEPAN DAKWAAN

181
0

Petaling Jaya, SELANGOR: Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan tiba di Kompleks Mahkamah di sini, pagi ini untuk berdepan dakwaan menyebabkan kecederaan ke atas teman wanitanya di sebuah hotel.

Pemain terbabit yang masih aktif beraksi bersama sebuah pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) memakai baju biru dan berseluar jeans, tiba jam 8.15 pagi sambil diiringi seorang lelaki.

Pada 7 Jun lalu, polis menahan pemain berkenaan dalam satu serbuan di sebuah hotel di sini untuk membantu siasatan hasil maklumat dan risikan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dilaporkan berkata dalam perselisihan faham antara mangsa dan teman lelakinya itu, menyebabkan kecederaan di bahagian badan mangsa, selain suspek didapati merosakkan telefon bimbit mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan, seorang bekas pemain kebangsaan dipercayai membelasah kekasihnya sehingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka baru-baru ini.

Menurut sumber, pemain itu dikatakan sering melakukan perbuatan terbabit sehingga menyebabkan kekasihnya yang juga seorang doktor mendedahkan perkara itu kepada umum.

Perbuatan terbabit menyebabkan wanita berkenaan lebam di tangan dan beberapa kesan calar sebelum mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik swasta.

Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan tiba di Kompleks Mahkamah di sini, pagi ini untuk berdepan dakwaan menyebabkan kecederaan ke atas teman wanitanya di sebuah hotel.

Pemain terbabit yang masih aktif beraksi bersama sebuah pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) memakai baju biru dan berseluar jeans, tiba jam 8.15 pagi sambil diiringi seorang lelaki.

Pada 7 Jun lalu, polis menahan pemain berkenaan dalam satu serbuan di sebuah hotel di sini untuk membantu siasatan hasil maklumat dan risikan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dilaporkan berkata dalam perselisihan faham antara mangsa dan teman lelakinya itu, menyebabkan kecederaan di bahagian badan mangsa, selain suspek didapati merosakkan telefon bimbit mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan, seorang bekas pemain kebangsaan dipercayai membelasah kekasihnya sehingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka baru-baru ini.

Menurut sumber, pemain itu dikatakan sering melakukan perbuatan terbabit sehingga menyebabkan kekasihnya yang juga seorang doktor mendedahkan perkara itu kepada umum.

Perbuatan terbabit menyebabkan wanita berkenaan lebam di tangan dan beberapa kesan calar sebelum mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik swasta.

Sumber: BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here