KUALA LUMPUR: Anak bintang legenda, Uji Rashid iaitu Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau nama pentasnya Cico Harahap, 48, meninggal dunia di Hospital Ampang, kira-kira jam 11 pagi tadi.
Memetik laporan Berita Harian, Berita sedih ini dimaklumkan Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez kepada Harian Metro.
Sandakiah berkata, Allahyarham Cico dimasukkan ke hospital terbabit sejak seminggu lalu akibat kesukaran bernafas.
“Pada mulanya, arwah Cico dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), tetapi pada Khamis lalu dipindahkan ke wad biasa.
“Bagaimanapun punca kematiannya belum dapat dikenalpasti,” katanya.
Harian Metro berusaha untuk menghubungi Uji, namun, setakat ini, tiada sebarang maklum balas.
Sebelum ini, Allahyarham Cico yang mula aktif berlakon sejak 1993, dikesan berdepan masalah kesihatan sejak akhir 2016.
Selain rawatan hospital, Uji dilapor membawa Allahyarham Cico menjalani rawatan perubatan Islam. – BH Online –
IMedikelTV






