Home Buletin Semasa DENDA RM50 JUTA: NAJIB BELUM JELASKAN BAYARAN, TIADA TEMPOH DITETAPKAN

DENDA RM50 JUTA: NAJIB BELUM JELASKAN BAYARAN, TIADA TEMPOH DITETAPKAN

KOTA BHARU, 1 November 2026: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih belum menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadapnya, menurut maklumat diterima Jabatan Peguam Negara (AGC).

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, setakat ini pihaknya belum menerima maklumat bahawa bayaran denda berkenaan telah dibuat.

Beliau menjelaskan, tiada tempoh khusus ditetapkan bagi pembayaran denda itu.

Menjawab pertanyaan sama ada Najib akan terus menjalani hukuman penjara selagi denda berkenaan belum dibayar, Mohd Dusuki mengesahkan perkara tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sidang media selepas menghadiri Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI Jabatan Peguam Negara (AGC) 2026 di Sekolah Kebangsaan Pasir Hor, di sini, hari ini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here